Celaka Punya Pencuril!!!

Jet dalam post ni bukan la Jet yang terbang laju- laju tu. Jet yang aku maksudkan tu Samsung Jet. Post kali ni sedih sket sebab memang aku tak sangka. Ahad lepas aku kena check in ke bilik aku kat universiti. Macam biasa la. Amik kunci, kemas bilik & sembang-sembang. hahaha.. Bila jumpa kawan-kawan lepas cuti memang tak boleh duduk diam. Mesti ada je benda nak cakap. Malam Ahad tu aku tido awal sebab kelas first esok pukul 8 pagi. barang- barang aku letak merata la. Handphone aku letak atas meja. Meja tu dekat je dengan tingkap. then aku pun tido. Bila aku bangun pagi keesokannya, aku terkejut la sebab tengok tingkap, langit dah cerah. aku pun apa lagi. Dengan lincahnya cari handphone sebab nak tengok jam. Bila tengok atas meja je, tinggal sim card je. Handphone dah terbang. Hampeh punya pencuri. Memang aku maki hamun pagi tu. Nak pegi belajar pun memang takde mood. Sedih juga bila takde Handphone tu. Mak aku bising gila sebab aku cuai. Aku mana la nak tau bahaya barang sebelah tingkap ni. Baru first day dah barang hilang. Memang bad luck la. nak buat macam mana, barang dah hilang. aku just boleh buat report je. Bila aku inform kawan- kawan aku handphone aku hilang and tinggal sim card je, diorang bagitau aku yang kes tu dah banyak kali jadi kat kolej aku. So, memang pencuri yang sama la dengan orang- orang yang senasib dengan aku. huhuhu.. Aku tak berharap sangat nak dapat balik handphone aku tu. korang doa- doakan la orang yang curi tu pulangkan balik handphone aku tu. Aku sedih sangat sebab handphone aku tu parents aku yang belikan. Harga seribu lebih. Mahal la tu. Mak aku text kat aku petang ari handphone aku hilang. mak aku kata kesian kat aku. Tapi aku lagi kesian kat mak aku sebab aku tak jaga handphone tu elok-elok. takpe la.. kalu pencuri tu tak nak pulang kan juga. Aku harap dia dapat balasan dia. sob.. sob.. sob..

// No C++ untuk post kali ni.. C++ bekabung seminggu.. :'(

3 Response to "Celaka Punya Pencuril!!!"

  1. Ninja Biker Says:

    dah takder rezeki namanya tu..

    dah follow blog ni..jemput follow blog saya

    http://ninjabiker.blogspot.com

  2. Omu Rice Says:

    bagus gak pencuri tu...tinggak sim kad...hahaha...macam ade pengalaman jer..salam perkenalan dari omu...

  3. sherlina halim Says:

    Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

Post a Comment