Celaka Punya Pencuril!!!

Jet dalam post ni bukan la Jet yang terbang laju- laju tu. Jet yang aku maksudkan tu Samsung Jet. Post kali ni sedih sket sebab memang aku tak sangka. Ahad lepas aku kena check in ke bilik aku kat universiti. Macam biasa la. Amik kunci, kemas bilik & sembang-sembang. hahaha.. Bila jumpa kawan-kawan lepas cuti memang tak boleh duduk diam. Mesti ada je benda nak cakap. Malam Ahad tu aku tido awal sebab kelas first esok pukul 8 pagi. barang- barang aku letak merata la. Handphone aku letak atas meja. Meja tu dekat je dengan tingkap. then aku pun tido. Bila aku bangun pagi keesokannya, aku terkejut la sebab tengok tingkap, langit dah cerah. aku pun apa lagi. Dengan lincahnya cari handphone sebab nak tengok jam. Bila tengok atas meja je, tinggal sim card je. Handphone dah terbang. Hampeh punya pencuri. Memang aku maki hamun pagi tu. Nak pegi belajar pun memang takde mood. Sedih juga bila takde Handphone tu. Mak aku bising gila sebab aku cuai. Aku mana la nak tau bahaya barang sebelah tingkap ni. Baru first day dah barang hilang. Memang bad luck la. nak buat macam mana, barang dah hilang. aku just boleh buat report je. Bila aku inform kawan- kawan aku handphone aku hilang and tinggal sim card je, diorang bagitau aku yang kes tu dah banyak kali jadi kat kolej aku. So, memang pencuri yang sama la dengan orang- orang yang senasib dengan aku. huhuhu.. Aku tak berharap sangat nak dapat balik handphone aku tu. korang doa- doakan la orang yang curi tu pulangkan balik handphone aku tu. Aku sedih sangat sebab handphone aku tu parents aku yang belikan. Harga seribu lebih. Mahal la tu. Mak aku text kat aku petang ari handphone aku hilang. mak aku kata kesian kat aku. Tapi aku lagi kesian kat mak aku sebab aku tak jaga handphone tu elok-elok. takpe la.. kalu pencuri tu tak nak pulang kan juga. Aku harap dia dapat balasan dia. sob.. sob.. sob..

// No C++ untuk post kali ni.. C++ bekabung seminggu.. :'(

Mak takde?! OMG..

Pertamanya, aku minta maaf sebab lama tak update blog ni. Busy sket seminggu ni. klu korang nak tau sebab apa kau busy, kena baca la post kali ni.Tajuk kali ni pelik sket. Sudah semestinya pelik bagi aku sebab aku laki. hahaha.. actually, my mother nak hantar adik aku sambung belajar kat Penang. So, sepeninggalan mak aku, aku terpaksa jaga rumah + adik- adik aku. lol.. Berat nih. Suma keja rumah aku kena buat. Kena keja dari bangun tido sampai nak tido. Teruk tu. Ni jadual Harian aku waktu mak aku takde.



6.30 a.m   - Prepare breakfast untuk ayah and adik- adik aku.

7.00 a.m   - Hantar adik- adik pegi sekolah.

8.00 a.m   - Sidai kain.

9.00 a.m   - Sapu sampah.

10.00 a.m - Keluarkan bahan mentah yang nak kena masak. (Ikan, ayam, sayur, bla2.. )

11.00 a.m - Masak! (Hahaha.. aku pun tak percaya. Seminggu aku kena masak untuk family aku.)

12.50 p.m - Pegi amik adik- adik kat sekolah.

2.00 p.m   - Hantar adik bongsu pegi sekolah agama.

3.30 p.m   - hantar adik second last pegi sekolah agama n amik adik bongsu sekali.

4.00 p.m   - Angkat kain, buang sampah.

6.30 p.m   - Amik adik balik sekolah agama.

8.00 p.m   - Hantar adik secong last pegi tuisyen.

9.45 p.m   - Amik adik balik dari tuuisyen

10.30 p.m - Iron baju sekolah adik- adik.

12.00 p.m - tido.. ~~ (hehehe..)

Padat juga jadual aku. Sebelah petang tu ada juga mesej- mesej ngan 'Madam' aku. Gap antara keja-keja tu slalunya aku isi dengan tengok TV or surfing internet je. Dalam masa seminggu ni memang penat la. Respect la kepada sumaa mak- mak yang ada. terutamanya my mom la.. :P .. To all bakal mak, korang kena prepare (mental and fizikal) betol- betol la. bukan senang jadi mak ni. Beban tu jangan kata la. migrain aku.. and to all yang sudah jadi mak, tabik spring la.. Nasib baik cuti aku dah nak abis. pas ni no more keja rumah. Tapi kena buat assignment pulak la. Takpe.. sampai sini dulu post kali ni..

//Apa aku buat waktu lapang.. :)

if (aku == free )
   {
      cout << "Melepak & tengok TV" << endl;
   }

else
   {
      cout <<"Terpaksa buat keja :'("<< endl;
   }

// hehehe.. paham x?? :P

MHS @ Minggu Haluan Siswa.

Hahaha.. Sapa yang masuk universiti mesti tau title entry ni. umah aku kat dalam universiti. So, x masuk pun dah tau. Tapi aku pun masuk universiti juga, seraca langsung aku ada pengalaman juga la pasal minggu ni. Semalam, UTHM dah mula terima student baru. Kesian pulak aku tengok diorang. tak tau la diorang suka ke tak sebab diorang dah abis cuti. hahaha.. Tak lama lagi aku pun abis cuti juga. adoi..~~ tak pe..

 **

Apa- apa pun harap diorang enjoy dengan MHS ni. aku tak nak cerita lebih2. Nanti tak surprise la kepada orang-orang yang tak masuk universiti lagi.. ok! sampai sini dulu. Good luck to all yang dapat masuk universiti! chow..

**Picture From flickr :)

//C++ Slot..
if (kerja == siap)
   cout << "Aku suka nak pegi U";
else
   cout << "Aku malas nak balik U";

//Keja tak siap lagi nih.. ~~

Apo nih...

Ada satu ari tu aku tengah tengok TV sambil tunggu adik aku besiap sebab nk kena hantar dia pegi sekolah petang. adik aku pegi la belakang umah sebab nak ambik baju sekolah petang dia. bila dia masuk umah je dia jerit dia jumpa anak musang. aku pon tekejot la. siang2 pon ada jugak musang kluar. aku pun pegi la tengok. bila sampai kat belakang umah, anak musang tu macam dah nak mati. kesian punya pasal, aku ambik la dia bawa masuk umah. start aritu, umah aku ada ahli kluarga baru.. ni la budak baru tu.. :)


Nanti aku post kan gambar latest menatang ni. gambar ni waktu malam 1st kami bela dia. aku x tau korang nak kata haiwan apa. tapi aku buat dia macam kucing je. hehehe..


//melalut jap..

int  duit = 300;

while (cuti != 0)
{
duit = duit - 10;
cuti--;

return 0;

//conclusion = habis cuti habis duit.. adoi.. ~~

Alahai Samsung Jét



Faster than smartphone. bunyi cam best. tapi hampeh jer. huhu. aku guna samsung jet skerang ni. beli awal taun dulu. ingat handphone ni boleh buat macam2. tapi indah khabar dari rupa jela. jap2 rupa tu ada juga. isinya jela yang x indah. operating system handphone ni membuatkan handphone ni jadi hampeh. kalau korang ada plan nak beli handphone ni, pikir dua kali la. banyak kali pun xpe. atleast x menyesal kalau dah beli nanti.



apa2 pun sekarang ni, ada group yang tengah buat projek untuk "port" kan OS Android dalam samsung jet. ni yang buat aku hepi sket. so, yang kat luar sana tu, sapa2 yang expert dalam developing Android OS, boleh la join group tu. ni link nya.

http://code.google.com/p/jetdroid/

itu je kot coretan ari ujan kali ni.

//mari mengarut :)
if (ari == hujan)
{
xtvt = tido;
}

hehe.. chow!